Saturday 28 January 2012

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA DENGAN PERIA

Udang Goreng Mentega  Dengan Peria..best!

Bahan-bahan:

1/2 kg udang size M @ L
1/2 biji peria ( dibasuh dengan air garam untuk kurangkan rasa pahit)
3 tangkai daun kari
2 sudu mentega ( untuk menumis)
3 ulas bawang putih ( di cincang halus)
2 biji telor masin ( ambil kuningnya sahaja)
sedikit garam
sedikit gula
minyak masak untuk menggoreng udang

Cara- cara:

1. Goreng udang dengan sedikit garam menggunakan minyak masak. Goreng sehingga udang kekuningan dan tidak terlalu lama. 
2. Angkat udang dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dengan mentega dan tumis bwg putih dan daun kari sehingga naik bau.
4. Masukkan kuning telor masin dan pecah2kan sedikit.
5. Masukkan peria dan biarkan sehingga masak.
6. Masukkan udang dan sedikit garam dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment