Monday 30 January 2012

RESEPI TAU MIU GORENG


Bahan-bahan:
200gm tau miu ( selalu ada jual dkt tesco)
1 batang carrot (potong memanjang)
2 biji cili merah ( di potong2)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 ulas bawang merah( dihiris )
sedikit garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, merah sehingga naik bau.
2. Masukkan carrot dan cili yang telah di potong.
3. Masukkan tau miu tadi, sedikit garam dan serbuk perasa.
4. Biarkan sehingga masak tapi jangan terlampau layu.

RESEPI PAI EPAL RANGUP



Bahan-bahan:
1 paket puff segera jenama kawan ( guna paratha segera pon boleh)
2 biji epal hijau
2 camca kismis
4 camca gula perang
1/3 camca serbuk kayu manis
2 camca mentega untuk menumis
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Cara-caranya:
1. Kupas epal dan potong dadu epal tersebut.
2. Panaskan mentega dan masukkan epal, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis.
3. Kacau rata dan masukkan sedikit garam. Biar sehingga epal lembut.
4. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan.
5.Bahagikan puff kepada 2 bahagian. Letakkan inti epal tadi dan ttp atas puff dgn 1 bahagian tadi.
6. Tekankan dengan garfu bahagian tepi puff tadi dan kelar sedikit bahagian atas puff.
7. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170 celcius. 

Saturday 28 January 2012

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA DENGAN PERIA

Udang Goreng Mentega  Dengan Peria..best!

Bahan-bahan:

1/2 kg udang size M @ L
1/2 biji peria ( dibasuh dengan air garam untuk kurangkan rasa pahit)
3 tangkai daun kari
2 sudu mentega ( untuk menumis)
3 ulas bawang putih ( di cincang halus)
2 biji telor masin ( ambil kuningnya sahaja)
sedikit garam
sedikit gula
minyak masak untuk menggoreng udang

Cara- cara:

1. Goreng udang dengan sedikit garam menggunakan minyak masak. Goreng sehingga udang kekuningan dan tidak terlalu lama. 
2. Angkat udang dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dengan mentega dan tumis bwg putih dan daun kari sehingga naik bau.
4. Masukkan kuning telor masin dan pecah2kan sedikit.
5. Masukkan peria dan biarkan sehingga masak.
6. Masukkan udang dan sedikit garam dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.